Tuesday 31 January 2017

i. Tentang 2017.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga buka kembali blog ini setelah dua tahun mencuba. Ya, anda tak salah baca. DUA TAHUN. Alkisahnya saya buat terlalu banyak blog dengan emel yang berlainan. Tatkala saya hampir berputus asa, hari ini saya dapat ilham, kenapa tidak semak emel utama? Mesti ada pautan untuk emel kepada blog ini kepada emel utama. Dan alhamdulillah, memang betul. Saya dapat semula emel saya dan saya dapat buka kembali blog ini. Saya sayang blog ini kerana layoutnya cantik.

Oh ya, hari ini sudah 31 hari kita berada di tahun baru. Tak ada apa yang menarik buat saya. Dan saya rasa tak ada apa yang menarik untuk tahun ini. Dalam entri seterusnya saya akan bercerita tentang 2016.

Stay good!